Yang Berhormat Tuan Ashraf Mustaqim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh menjawab pandangan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu berkenaan harga belian padi. Katanya, premis utama yang boleh kita ketengahkan adalah bahawa Mat Sabu memang tidak layak jadi menteri pertanian bila mana jawapan dangkal yang dilempiaskan jelas menampakkan pendirian beliau yang tidak peduli perihal kesusahan perit jerih petani.
Ashraf Mustaqim juga berkata, apabila menteri pun tidak peduli soal nasib pesawah padi, maka buat apa lagi para petani βdipaksaβ untuk berkeringat membajak tanah bercucuk tanam demi kelangsungan hidup mereka, sedangkan segala hasil usaha βditentukanβ oleh orang lain? Hidup bersusah payah banting tulang demi βkedaulatan makananβ negara tapi segala kepayahan hidup langsung tidak dipedulikan.
Tambahnya lagi, benar jika belian padi terlalu tinggi akan memberi kesan kepada harga jualan beras, tetapi persoalannya di sini sudah berapa lama rakyat Malaysia βdipaksaβ beli beras import pada harga yang tinggi disebabkan beras tempatan hilang di pasaran? Jika disorot segenap yang berlaku perihal isu βberas tempatan hilangβ secara logik akal, mana pergi hilang beras-beras tempatan ini jika tidak disalin pek kepada pek beras import?
Adun Kota Siputeh ini juga berkata, βsehingga petani yang buat beras kat kawasan pun βtak ada beras tempatanβ nak makan sendiri, kena beli beras βimportβ, mana logik akal di situ? Mana pergi habis beras-beras (padi) yang diusahakan petani dan dijual kepada para pengilang βcukong-cukong berasβ ni? Ada penguatkuasaan dilakukan untuk pastikan tiada ketirisan dan salah laku yang mengkhianati keperluan negara dan rakyat ni?β
Ditanya pula oleh Ashraf Mustaqim, sampai bila kesusahan dan segala kerja keras petani yang membanting tulang empat kerat, berkeringat dan bersabung nyawa ni akan terus dimanipulasi oleh manusia kaya dan berkuasa?
Cadangnya lagi, memang sudah tiba masa harga lantai dinaikkan kepada RM1800 sekurangnya dalam pada memastikan tiada kenaikan lain dari segi harga input atau manipulasi kos dalam segenap proses pengeluaran padi dengan dipantau pihak kerajaan demi memenangkan nasib dan keuntungan hasil petani.
Ashraf juga berpendapat, apabila harga lantai belian padi naik, secara βvice versaβ (timbal balas) akan menjadikan harga beras juga naik, maka akan ada kembali beras-beras tempatan di pasaran secara mutlak. Katanya, βbila harga beras di pasaran naik dengan setimpal, adalah tugas kerajaan dan pak menteri lah untuk FIKIRKAN SEGALA PERMASALAHAN INI, sama ada kembalikan subsidi kepada rakyat atau untuk bersaaar kepada golongan tertentu (kan dah ada PADU lah macam-macam untuk bantu agihan sumber). Sebegitu juga boleh imbangi untuk kawal pengurangan balik atas barang-barang tertentu atau beri insentif berkebajikan kepada rakyat. Tu lah kerja kerajaan!β