1BestariNet: Fitnah Terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin Terbukti Tidak Benar

Na'im Brundage

Na'im Brundage

Armada BERSATU Malaysia mengambil maklum keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tidak mengenakan sebarang pertuduhan terhadap mana-mana pihak berhubung pelaksanaan kontrak projek 1BestariNet.
Keputusan ini akhirnya membuktikan bahawa segala tuduhan dan
dakwaan yang telah dilemparkan terhadap pelaksanaan projek ini, termasuk yang dibuat terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selama ini, adalah tidak berasas.
Tuduhan-tuduhan ini, yang sering diulang-ulang oleh pihak-pihak tertentu,
jelas merupakan usaha jahat untuk menjatuhkan maruah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengalihkan perhatian rakyat daripada kelemahan pentadbiran kerajaan semasa.
Usaha untuk menjatuhkan maruah Tan Sri Muhyiddin Yassin selama ini telah gagal berkali-kali, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal di mata rakyat sebagai seorang pemimpin yang terbukti berprinsip.

Armada BERSATU Malaysia menyeru pemimpin politik kerajaan untuk berhenti menggunakan isu 1BestariNet bagi kepentingan politik sempit mereka dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.   Na’im Brundage
Pengarah Jabatan Komunikasi & Media Baharu
EXCO ARMADA BERSATU MALAYSIA
18 Disember 2024