KUALA LUMPUR, 3 JUN 2025 — Peluang kembali terbuka untuk anak muda Malaysia menyertai Felo Dewan Muda BERSATU Sesi 2 Tahun 2025 dibuka sekarang. Dewan Muda BERSATU merupakan sebuah platform perintis yang menawarkan pengalaman berharga dalam sistem demokrasi berparlimen negara.
Program ini memberi ruang kepada golongan muda untuk menyertai proses penggubalan dasar dan polisi negara, di samping menjalani bimbingan terus daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri yang berpengalaman. Ia merupakan landasan terbaik buat generasi muda yang ingin menyumbang kepada hala tuju Malaysia yang lebih gagah dan gemilang.
Susulan penangguhan tarikh Persidangan Dewan Parlimen ke bulan Julai, penganjur membuka semula pendaftaran bagi program ini. Tarikh cadangan Persidangan Dewan Muda Bersatu adalah bermula 25 Julai hingga 15 Ogos 2025, selari dengan sesi Dewan Rakyat sebenar.
SIAPA PATUT SERTAI?
• Anak muda yang bersemangat untuk memimpin perubahan.
• Mereka yang berminat dengan dasar, politik dan pentadbiran.
• Individu berumur 18–30 tahun yang mahu berbakti kepada negara.
Anak muda yang berminat untuk sertai program ini boleh berdaftar sebelum 15 Jun 2025. Rebut peluang untuk duduk sebaris dengan pemimpin negara dan menjadi suara anak muda Malaysia!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, anda boleh layari laman media sosial Dewan Muda BERSATU.