ARMADA BERSATU FOKUS PENDIDIKAN IDEOLOGI, LATIHAN KEPIMPINAN, PEMBINAAN PASUKAN DAN STRATEGI POLITIK – KETUA ARMADA BERSATU MALAYSIA

Menjawab soalan yang ditanya kepada Yang Berhormat Hilman Idham, Ketua Armada Bersatu Malaysia tentang Markas Latihan Armada, “Adakah Markas Latihan Armada hanya terbuka kepada ahli Armada Bersatu?”

Beliau menjawab, “Sudah tentulah, bila dinamakan sebagai Markas Latihan ARMADA Malaysia, ianya hanya dibuka untuk ahli-ahli ARMADA BERSATU. Namun, sebagai sebuah wadah politik yang usianya belum mencapai 10 tahun, kita akan melihat perkembangan program latihan ini dari semasa ke semasa.”

Apakah jenis latihan untuk persiapkan Armada dan apakah jangkaan (expectation) kepada Armada yang selesai menjalani latihan? 

Jawabnya, “Untuk ARMADA, program pelatihan yang dilaksanakan memberi fokus terhadap 3 komponen utama; pendidikan ideologi, latihan kepimpinan & pembinaan pasukan,  serta strategi politik bagi memastikan ahli-ahli dapat memahami dasar dan matlamat perjuangan BERSATU. “

Tambahnya lagi, “Sebagaimana motto pada logo Markas Latihan ARMADA; Disiplin, Setia, Berbakti – kita mahu melahirkan jentera dan akar umbi ARMADA yang punya disiplin dalam melaksanakan gerak kerja, ikhlas dan setia kepada perjuangan BERSATU dan pada masa yang sama senantiasa berbakti di lapangan rakyat, memartabatkan dan mengharumkan nama BERSATU.”

Komander Markas Latihan ADMADA, EXCO ARMADA BERSATU, Muhammad Najmie juga mengesahkan Angkatan 2 Latihan ARMADA BERSATU akan meneruskan latihan bermula Khamis 20 Februari ini sehingga Ahad 23 Februari di Markas Latihan ARMADA dengan motto “Displin, Setia, Berbakti”.