Menjawab persoalan yang diajukan oleh Felo Dewan Muda Bersatu di dalam program Mini Forum – Masa Depan Politik Gen Z mengenai masa depan Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU, Hilman Idham berkata, BERSATU adalah sebuah parti kebangsaan yang boleh menaungi seluruh rakyat Malaysia.
Tegas beliau, “masa depan BERSATU berada di landasan yang betul dengan dan sesuai dengan peredaran zaman”.
Mengulas daripada falsafah “Zeitgeist” atau semangat zaman, beliau berkata Parti BERSATU menepati semangat rakyat yang ada pada zaman ini. Tambah beliau Parti BERSATU bukan parti Melayu tetapi merupakan sebuah parti Kebangsaan.
Selari dengan perlembagaan Parti BERSATU iaitu membela kebajikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, serta idealisma Parti BERSATU iaitu sebagai sebuah parti Nasionalis Inklusif.
Mini Forum Masa Depan Politik Gen Z anjuran Dewan Muda Bersatu berlangsung semalam di Ibu Pejabat Perikatan Nasional. Turut hadir sebagai panelis dalam membincangkan isu berkaitan Politik Anak Muda iaitu YB Hilman Idham, Ketua Armada Bersatu Malaysia, YB Dato Wira Mas Ermieyati, Ketua Srikandi Bersatu Malaysia Dan Ezzati Azmi, Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia.
Sesi forum yang sarat dengan perkongsian pengetahuan, percambahan idea dan keterbukaan daripada para panelis ini diadakan dengan matlamat untuk membuka minda para Felo Dewan Muda Bersatu supaya tidak sekadar menjadi pemerhati dalam politik tetapi juga sebagai agen perubahan kepada landskap politik negara.