BERSATU PARTI ALTERNATIF, PILIHAN RAKYAT  TERAJUI PEMERINTAHAN NEGARA 

MELAKA, 8 Mac – Memetik ucapan Ketua Badan Pimpinan Negeri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ketika Seminar Pemantapan Pengurusan Sayap- Sayap BERSATU Zon Selatan, beliau menekankan bahawa BERSATU tidak lagi sepatutnya dilihat sebagai hanya sebuah parti pembangkang, sebaliknya perlu dilihat sebagai sebuah parti alternatif yang menjadi pilihan rakyat pada pilihan raya akan datang dalam masa terdekat. 

Beliau juga menggesa agar pengukuhan jentera parti berjalan secara konsisten untuk menghadapi pilihan raya negeri dan pilihan raya umum ke-16 yang dijangka tidak lama lagi.

Seminar Pemantapan Pengurusan Sayap-Sayap BERSATU Zon Selatan yang diadakan di D’Village Resort, Ayer Kroh, ini disertai oleh pegawai-pegawai daripada sayap ARMADA, SRIKANDI dan SRIKANDI MUDA di peringkat negeri serta bahagian dari negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Antara pemimpin yang turut terlibat dalam sesi seminar pengurusan kali ini adalah Naib Presiden BERSATU, YB Dr Radzi Jidin, Ketua SRIKANDI BERSATU Malaysia, YB Mas Ermieyati Samsudin, Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, YB Hilman Idham, Ketua SRIKANDI MUDA BERSATU Malaysia, Saudari Ezzati Azmi dan Setiausaha Kerja BERSATU Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya. Masing-masing menekankan tentang pentingnya pengukuhan struktur organisasi untuk menjadi sebuah parti yang didukungi rakyat. 

Seminar yang berakhir dengan majlis ifthar ini dianjurkan oleh Penolong Setiausaha Sayap-Sayap BERSATU Malaysia dan diyakini dapat menyuntik input yang konkrit serta pengetahuan baru kepada peserta untuk dibawa pulang serta disampaikan kepada jentera di peringkat bahagian masing-masing.  

Laporan oleh: Ramlee Wahab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *