DAPSY JANGAN CAMPUR URUSAN AGAMA ISLAM – ARMADA BERSATU

Merujuk Kenyataan Media EXCO Armada Bersatu Malaysia: Garis Panduan Penglibatan Umat Islam bagi Menghadiri Majlis atau Upacara Agama Bukan Islam – DAPSY Jangan Campur Urusan Agama Islam

1. ARMADA BERSATU MALAYSIA (ARMADA), membuat kenyataan mengenai pembentangan garis panduan yang akan dimuktamadkan bagi umat Islam yang ingin menghadiri majlis atau upacara agama bukan Islam oleh Menteri Hal Ehwal Agama melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

2. ARMADA menyelar kenyataan pimpinan DAPSY supaya tidak mencampuri urusan hal ehwal syariat umat Islam kerana ianya adalah asas kepentingan agama Islam tersendiri.

3. Pengukuhan Akidah Umat Islam selari dengan garis panduan ini menekankan agar umat Islam tidak terlibat dalam sebarang amalan atau ritual agama lain yang bertentangan dengan ajaran Islam. Akidah umat Islam harus dipelihara dan dipertahankan dalam setiap situasi, tanpa kompromi terhadap unsur-unsur yang boleh merosakkan iman.

 4.Hormati Garis Panduan Agama Islam, sebagai negara berbilang bangsa dan agama memerlukan pendekatan yang matang dan saling menghormati antara satu sama lain. Umat Islam perlulah menjaga akidah dan kaum agama lain tidak seharusnya mempertikaikan garis panduan tersebut

5. Dalam mengekalkan Keharmonian Kaum dan Agama Sebagai negara yang berbilang agama, kita mesti mengekalkan keharmonian dalam masyarakat. Toleransi agama dan keharmonian kaum adalah kunci kepada kemakmuran dan kestabilan negara, dan umat Islam perlu memainkan peranan dalam memastikan perkara ini dijaga dengan baik.

6. Untuk Kefahaman Berlandasakan Syariat, ARMADA menyeru agar umat Islam mesti terus mempertahankan hak kepentingan syariat ini, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) iaitu Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

7. Keputusan berdasarkan kajian dan perbincangan ini mesti telah melalui proses libat urus dan pembentangan garis panduan yang mendalam dan kajian bersama ilmuan dan tokoh agama. Hal ini dalam memastikan bahawa setiap ketetapan yang diambil adalah seimbang dan mengutamakan kepentingan umat Islam dan keharmonian negara.

8. ARMADA berharap agar garis panduan ini diterima dan dipatuhi oleh seluruh umat Islam di negara ini, serta dapat memperkukuhkan perpaduan dan toleransi antara agama di Malaysia. Marilah kita bersama-sama menjaga akidah, keharmonian, dan kesejahteraan negara tercinta tanpa menjadikan polemik politik kepartian.

MOHAMAD ARIB ABU KASIM

EXCO ARMADA BERSATU MALAYSIA

7 Februari 2025