Timbalan Presiden BERSATU, Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah Zainudin turun ke pasaraya dalam negara bagi melakukan tinjauan dan pemeriksaan untuk menyemak aduan rakyat tentang ketiadaan beras tempatan di pasaraya.
Hasil pemeriksaan dan semakan membuktikan memang tiada beras tempatan di pasaraya dalam negara. Tambahan lagi, pemeriksaan yang dijalankan oleh Timbalan Presiden BERSATU bersama beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang lain ini juga mendapati bahawa pihak pasaraya berkenaan melaporkan sudah hampir setahun ketiadaan beras tempatan di pasaraya.
Rentetan perkara tersebut, Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat bertanyakan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam sesi Parlimen tentang pengetahuan beliau ke atas isu ini.
Soalnya lagi kepada menteri, adakah beras tempatan ini hanya dijual ketika program Jualan Rahmah anjuran Kerajaan Madani, dan “kalau dulu cukup sekarang tak cukup”.
Menteri memperakui tentang isu ketiadaan beras tempatan dalam pasaran.