Armada Bersatu Malaysia meneruskan usaha untuk memberdayakan anak muda dalam memperkenalkan program FELO Dewan Muda Bersatu yang bermula secara rasmi Isnin 17 Februari 2025.
Seramai 30 orang FELO turut serta dalam program ini yang melibatkan 18 Ahli Parlimen dan 6 Ahli Dewan Negeri Selangor.
Pelbagai program telah pun disusun dalam memberikan mereka pendedahan berkaitan fungsi legislatif, peranan pembuat dasar melalui penempatan bersama wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. FELO juga akan didedahkan dengan proses penggubalan dasar dan perlembagaan serta mendalami tentang ekonomi dan pembangunan negara.
Turut merasmikan FELO Dewan Muda Bersatu ialah YB Dato Seri Hamzah Zainuddin, Timbalan Presiden Bersatu dan YB Hilman Idham, Ketua Armada Bersatu Malaysia yang berlangsung di Parlimen Malaysia.
Dewan Muda Bersatu diselaraskan oleh Pengarahnya Saudara Idzharuddin Nasiruddin serta ditempatkan di bawah Jabatan Latihan & Pemantapan Idealisme yang diketuai oleh YB Syed Lukman Hakim dengan harapan Armada Bersatu akan terus menjadi pusat perintis pemimpin masa depan negara.