GAJI AHLI PARLIMEN CECAH RM40,000; TUN FAISAL SANGKAL DAKWAAN ANWAR IBRAHIM

PUTRAJAYA, 10 Mac – Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal menyangkal dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim apabila membuat dakwaan gaji ahli parlimen boleh mencecah RM40,000 sebulan di Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Menara Hasil terkait isu peruntukan parlimen. 

Perdana Menteri diminta mengulas kenyataan Presiden BERSATU, Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti itu mempunyai sebab dan asas tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Dakwaan gaji Ahli Parlimen mencecah RM40,000 mencetuskan kontroversi apabila pihak pembangkang melalui Ketua Penerangan BERSATU Tun Faisal menuntut agar Perdana Menteri (PM10) menunjukkan dengan jelas bagaimana kiraan gaji tersebut dikira dan mengapa jumlahnya boleh begitu tinggi.

Tun Faisal juga turut membuat perbandingan antara gaji Ahli Parlimen pembangkang dengan gaji Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen kerajaan. Jika gaji Ahli Parlimen pembangkang dikatakan RM40,000, maka pendapatan yang diterima oleh wakil rakyat kerajaan didakwa boleh mencapai antara RM80,000 hingga RM100,000 sebulan, termasuk elaun dan imbuhan tambahan yang tidak terhitung.

Tambahan pula, Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri menerima pelbagai lagi faedah seperti bil elektrik, bil api, kemudahan kediaman, perkhidmatan pembantu rumah, pemandu, dan kenderaan. Semua kos ini dibiayai menggunakan duit rakyat, dan bukan daripada gaji peribadi mereka. Lebih menariknya, pendapatan tambahan daripada jawatan dalam lembaga pengarah serta peruntukan kerajaan melalui pelbagai projek turut menambah jumlah keseluruhan pendapatan mereka.

Sebagai contoh, pendapatan Speaker Dewan Rakyat yang meliputi gaji bulanan RM31,000, elaun hiburan RM9,680, elaun perumahan RM4,000, elaun penyelenggaraan rumah sehingga RM10,000 setahun serta faedah mendapatkan empat pembantu rumah.

Dakwaan Perdana Menteri tentang gaji Ahli Parlimen mencecah RM40,000 dilihat boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap ahli parlimen pembangkang yang hanya menuntut hak mereka ke atas peruntukan parlimen yang dijanjikan akan diberikan keadilan oleh Pakatan Harapan. Malah dakwaan yang tidak benar ini disangkal oleh pembangkang, seperti dinyatakan oleh Ketua Penerangan BERSATU itu, “ Banyak Dia Kena Jawab Di Kubur Dan Padang Mahsyar Nanti Ni..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *