Timbalan Presiden Bersatu, YB. Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat menyatakan, Perikatan Nasional sentiasa mendengar, memahami dan memperjuangkan nasib pesawah padi yang terkesan akibat keputusan kerajaan berhubung dasar-dasar semasa dalam negara.
Tambah beliau, Ketua Portfolio Pertanian dan Keterjaminan Makanan Ahli Parlimen Perikatan Nasional, YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee akan persoalkan YAB Perdana Menteri berkaitan hala tuju dan dasar kerajaan hari ini berkenaan industri padi negara pada sekitar jam 10:00 pagi.
Beliau juga akan membawa suara para pesawah dalam perbahasan usul menjunjung Titah Diraja pada hari yang sama sekitar jam 3:00 petang.
YB. Dato’ Seri Hamzah Zainudin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil-wakil Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) yang hadir untuk berbincang berkenaan realiti sebenar para pesawah dalam negara ketika ini.
Turut hadir dalam perbincangan mengenai isu pesawah, YB Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan (Ahli Parlimen Kota Bharu), YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Ahli Parlimen Beluran), YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Abdul Razak Khamis (Timbalan Speaker DUN Kedah merangkap ADUN Sg. Tiang), YB Mohd Taufik Yaacob (ADUN Bayu), YB Mohd Ashraf Mustaqim (ADUN Kota Siputeh) dan YB Nurul Noh (ADUN Permatang).