TERINGAT saya satu kisah, apabila Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (TSMY) gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden Umno, suatu ketika dahulu, ramai ketua bahagian (KB) Umno yang menjauhkan diri mereka dari TSMY.
Malahan, pejabat menteri yang diduduki TSMY boleh dikatakan tidak didatangi KB, kononnya politik beliau sudah menemui ‘zaman gelap’.
Ketika itu, kalau TSMY turun kapalterbang, di airport andaikata terserempak dengan KB dari mana-mana, semuanya ‘melarikan diri’ masuk tandas agar tidak bertembung dengannya.
Ini bukan TSMY yang cerita kat saya, tetapi pengalaman saya terlibat dalam politik Umno dan menyokong TSMY.
TSMY pernah dapat undi tertinggi di kalangan Naib Presiden dan pernah juga tewas dengan undi paling rendah.
Ketika saya ke rumah beliau selepas keputusan pertandingan diketahui, beliau keseorangan.
Saya datang bersama Sdr Nazri Abdullah (sekarang Datuk dari Sabah).
Maknanya, politik Umno, masa ada gula semut akan hurung.
Bila tiada gula, semut menjauh.
Alhamdulilah, TSMY bukan seorang yang pendendam.
Apabila beliau naik semula, kawan-kawannya yang memboikotnya dimaafkan.
Semua mereka itu datang semula mendekatinya dan membawa pelbagai cerita dan meniupkan angin syurga.
Kawan-kawan seperti ini, ramai.
Yang setia, boleh dihitung dengan jari.
Dalam Umno, usaha ‘membunuh politik’ TSMY berjalan terus.
Yang sembunyi-sembunyi mahu berjumpa beliau, menggunakan saya untuk buat temujanji.
Mereka tak berani berjumpa TSMY secara terang-terangan, kerana takut dicop oleh bossnya.
Maknanya, mereka yang beranggapan TSMY adalah saingan politik mereka ‘beri syarat’.
Kalau nak bersama ‘aku’, jauhkan diri dari Muhyiddin.
Saya pernah tulis, PM yang memecat TSMY dari jawatan TPM setelah menerima desakan dari KB-KB Umno untuk ‘singkirkan’ TSMY.
Hari ini, mereka yang mendesak bekas PM itu ‘membuang’ TSMY berada di mana?
Apakah mereka melangkah ke mahkamah memberi sokongan moral untuk kes addendum?
Politik ini, kena pandai pilih kawan.
Kalau dapat kawan yang ‘sokong bawa rebah’ cepat-cepat sisihkan mereka.
Kini, dalam Bersatu, ada suara-suara yang tidak puashati dengan kepimpinan TSMY.
Malangnya, mereka itu gagal mengingati sejarah bahawa Bersatu ini bukan ditubuhkan oleh Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, sebaliknya ia ditubuhkan oleh anak Cikgu Md Yassin dari Muar.
Menteri Besar Johor yang bersetuju membubarkan DUN Johor dalam tahun 2022, Ir Hasni Mohamad gagal menjadi MB selepas BN menang sebab apa?
Ada orang kata sebab Istana Johor tidak berkenan.
Ada yang kata nakkan pemimpin muda.
Sebenarnya ‘tulah’ dengan TSMY.
Begitu juga dalam 2021, KM Melaka yang membubarkan DUN, selepas BN menang, dia dapat jadi KM seketika sebelum dikatakan kurang sihat dan digantikan dengan ‘kaki tidur’ menjadi KM.
Nampak tak, apa yang berlaku?
Ia mungkin kebetulan dan ia mungkin betul-betul terjadi kerana ‘menganiaya’ TSMY sebagai mantan PM yang menyokong orang Umno jadi PM menggantikannya.
Saya boleh tulis lagi dengan fakta yang banyak saya simpan, tetapi cukuplah setakat ini dulu.
Sumber : Facebook Daud Hj Ibrahim