MARKAS LATIHAN ARMADA BERSATU KILANG PERSIAP PEMIMPIN MASA DEPAN NEGARA

2 Februari 2025, Markas Latihan Armada Bersatu Malaysia dirasmikan oleh Presiden Pengasas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut disaksikan oleh beberapa pimpinan Parti Bersatu yang lain.

Hari yang bersejarah buat ARMADA BERSATU MALAYSIA di bawah pimpinan YB Hilman Idham apabila beliau berjaya membangunkan “MARKAS LATIHAN ARMADA MALAYSIA” sebagai sebuah kem latihan dan pusat perkaderan bagi mempersiap pemimpin masa depan negara.

Markas ini terletak di puncak Bukit Batu Putih, Gopeng yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk latihan fizikal, mental dan kerohanian dalam membangunkan kempimpinan ARMADA yang kompeten, kuat dan terlatih.

YB Tan Sri Presiden menegaskan bahawa program latihan amat penting bagi membentuk jati diri nasionalisma yang kuat, dan daya tahan yang tinggi dalam memimpin masyarakat. 

Modul latihan yang merangkumi pelbagai aspek ; menggilap idealisme, memperteguh kesetiaan dan menyemarak budaya berpasukan amat bertepatan dengan moto Disiplin, Setia dan Berbakti yang menjadi fokus latihan di Markas Latihan ARMADA Malaysia. Aktiviti jasmani,latihan lasak serta kerohanian telah dilaksanakan untuk membina ketumbukan ARMADA yang terlatih. Graduan Angkatan 1 ARMADA Malaysia menerima sijil kelayakan daripada YB Presiden bagi membakar roh semangat perjuangan buat mereka.

Ahli-ahli ARMADA MALAYSIA sudah lama menunggu saat ini bagi memperkukuhkan roh perjuangan sayap anak muda parti ini.