PASTIKAN LEBIH RAMAI CALON MUDA TANDING PILIHAN RAYA – KETUA ARMADA BERSATU MALAYSIA

PETALING JAYA, 5 Mac – Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, Yb Hilman Idham berhasrat untuk memastikan majoriti daripada calon calon yang diketengahkan oleh BERSATU dalam pilihan raya negeri akan datang bukan sahaja merupakan calon yang datang daripada ARMADA,  tetapi calon yang boleh dianggap sebagai calon muda di bawah umur 40 tahun.

Beliau menjawab soalan yang ditanya wartawan ketika Majlis Perlantikan Ketua dan Naib Ketua ARMADA BERSATU Negeri berkenaan persediaan calon daripada ARMADA untuk pilihan raya negeri yang semakin hampir. 

Ketua ARMADA BERSATU Malaysia juga menegaskan tentang kepentingan memikul amanah dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan masa depan yang lebih baik serta memperkukuh kedudukan BERSATU dalam menghadapi pilihan raya akan datang. Beliau turut menekankan perlunya menerapkan budaya kerja dan politik baharu bagi memperkuatkan ARMADA sebagai satu entiti yang mantap.

Dengan pelantikan kepimpinan baharu di peringkat negeri, ARMADA BERSATU kini bersedia untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka di persada politik negara.

Majlis Perlantikan Ketua dan Naib Ketua ARMADA BERSATU Negeri tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan disusuli dengan sesi iftar bersama rakan media sebagai usaha mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim antara kepimpinan ARMADA BERSATU bersama rakan media.