PEMIMPIN BERSATU HADIR RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA PARTI GERAKAN

Presiden Bersatu, YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Md Yassin dan isteri, Puan Sri Hajjah Norainee Abdul Rahman, bersama beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia hadir meraikan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Antara pemimpin Bersatu yang dilihat bersama adalah YB. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Setiausaha Agung Bersatu dan YB. Muhammad Hilman Idham, Ketua Armada Bersatu Malaysia. 

Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina yang cukup meriah dengan kehadiran rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama ini turut dihadiri oleh wakil kedutaan asing dan diserikan juga dengan persembahan kebudayaan Cina dan tarian singa.