KLUANG, 6 April 2025 | 7 Syawal 1446H – BERSATU Bahagian Kluang, Johor, telah menganjurkan program Ziarah Aidilfitri & Marhaban yang menyaksikan kunjungan ke rumah ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU dan penduduk setempat di sekitar kawasan Kluang.
Program ini mendapat sambutan dan sokongan yang amat menggalakkan daripada para ahli serta penduduk setempat. Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim, saling berkunjung serta bermaaf-maafan sesama ahli dan komuniti sempena bulan Syawal yang penuh keberkatan ini.
Para peserta menyifatkan inisiatif ini bukan sahaja menyuburkan amalan tradisi, malah memperkukuh semangat kekeluargaan dan muafakat dalam kalangan ahli BERSATU serta masyarakat setempat.
“Syawal ini bukan sahaja bulan kemenangan tetapi juga peluang terbaik untuk kita kembali mempererat hubungan, menyemai kasih sayang dan semangat perpaduan,” kata pemimpin BERSATU Bahagian Kluang.
Tambahnya lagi penduduk setempat juga berharap program seperti ini dapat dijadikan acara tahunan, sekaligus memperkukuhkan jalinan ukhuwah dalam kalangan ahli parti dan rakyat di kawasan Kluang.