Merujuk kenyataan media Pengarah Dewan Muda BERSATU Malaysia, EXCO ARMADA BERSATU Malaysia, Mohd Idzharruddin Bin Mohd Nasirruddin tentang program Felo Dewan Muda BERSATU.
Felo Dewan Muda BERSATU merupakan satu lagi inisiatif ARMADA BERSATU Malaysia bagi memberdaya anak muda Malaysia. Program pertama Felo Dewan Muda BERSATU melibatkan 30 orang Felo untuk ditempatkan bersama 18 Ahli Parlimen dan 6 Ahli Dewan Negeri Selangor dalam tempoh 2 minggu.
Melalui Program Felo ini, Dewan Muda BERSATU memberikan peluang kepada generasi muda untuk mendapat pendedahan serta memahami proses penggubalan dasar-dasar negara dengan lebih mendalam daripada bimbingan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri.
Ini membolehkan anak-anak muda ini lebih mendalami peranan penting BERSATU serta Perikatan Nasional dalam menjalankan fungsi semak dan imbang terhadap kerajaan, demi kesejahteraan negara dan rakyat.
Selain memberi pendedahan tentang peranan legislatif dalam membawa perubahan dasar & kebajikan negara, program ini juga membuka ruang buat anak muda mengenali BERSATU sebagai wadah perjuangan rakyat.
Ahli-Ahli Parlimen BERSATU dan Ahli Dewan Negeri BERSATU Selangor telah menerima kunjungan daripada anak-anak muda dari seluruh negara yang menyertai program Felo Dewan Muda BERSATU ini dan akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut pembukaan Dewan Undangan Negeri di seluruh Malaysia.
Penyertaan Dewan Muda Bersatu akan dibuka semula pada sesi yang akan datang. Anak muda pada hari ini memerlukan pendedahan dan kemajuan didalam mencorakkan politik Tanah Air .