Timbalan Presiden BERSATU, Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Larut, menerima memorandum bagi pihak Parti Perikatan Nasional daripada gabungan NGO yang berhimpun di luar Parlimen, bagi membantah Rang Undang-Undang Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA).
Kebimbangan yang bersifat fundamental telah disuarakan oleh pihak NGO kepada parti pembangkang melalui Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat dan akan dibangkitkan hal ini di dalam dan di luar Parlimen.
Dalam pada itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan depan dan dijangka akan dibentangkan pada sesi Parlimen Julai ini.
Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang bakal digubal kerajaan dikhuatiri menjadi pengkhianatan terbesar kepada golongan susah yang tinggal di kawasan bandar terutamanya orang Melayu kerana risiko mereka untuk ‘diusir’ keluar akibat pembangunan semakin tinggi, kerana dengan adanya Akta Pembaharuan Semula Bandar, kerajaan sekali gus menurunkan nilai ambang persetujuan daripada 100 peratus kepada 80 peratus.