SELURUH RAKYAT TAHU, KERAJAAN PH HARI INI PENIPU, TAK MENEPATI JANJI

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2025 – Ketua Armada BERSATU Malaysia, YB Hilman Idham, mengecam kenyataan pertama Ketua Angkatan Muda HARAPAN (AMH), Woo Kah Leong, yang melabel Perikatan Nasional sebagai pembangkang terburuk hanya kerana membangkitkan isu peruntukan Ahli Parlimen.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Hilman menyifatkan tindakan Woo sebagai ibarat “meludah ke langit” dan menegaskan bahawa Ketua AMH yang baru dilantik itu seharusnya menilai terlebih dahulu prestasi kerajaan Pakatan Harapan sebelum mengkritik pihak lain.

“Jika kita ingin senaraikan, ada lebih 1001 alasan untuk rakyat menegaskan Kerajaan hari ini gagal. Seluruh rakyat tahu, Kerajaan PH hari ini penipu dan tak menepati janji. Cakap tak serupa bikin,” katanya.

Hilman turut membidas kegagalan kerajaan dalam mengurus ekonomi dan kewangan negara, menangani inflasi, serta mempertahankan hak asasi manusia. Beliau juga menyorot isu-isu seperti krisis dalam industri padi dan beras yang menurutnya mencerminkan kelemahan pentadbiran Pakatan Harapan.

Sebagai Ketua Pemuda, Hilman menegaskan kepentingan membawa budaya politik yang lebih matang dan konstruktif. “Tak perlu banyak bercakap, lebih baik kita bekerja demi kepentingan rakyat dan negara. Kumpul keberanian kamu, tegur Perdana Menteri, pastikan PH tepati janji,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *