SIASAT HARITH ISKANDER & CECILIA YEAP- EXCO ARMADA BERSATU

๐€๐‘๐Œ๐€๐ƒ๐€ ๐ƒ๐„๐’๐€๐Š ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐๐”๐Š๐€ ๐Š๐„๐‘๐“๐€๐’ ๐’๐ˆ๐€๐’๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ๐“๐‡ ๐ˆ๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐„๐‘ & ๐‚๐„๐‚๐ˆ๐‹๐ˆ๐€ ๐˜๐€๐ ๐’๐Ž๐๐† ๐Š๐‹

ARMADA BERSATU Malaysia merujuk kepada media sosial ๐˜๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฌ pengguna bernama โ€˜Din Kapak Abdullahโ€™ yang telah memuatnaik satu hantaran tangkap layar yang memaparkan komen pengguna bernama โ€˜Cecilia Yap Song KLโ€™, โ€œ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ธ๐˜ช๐˜ต๐˜ฉ ๐˜”๐˜ฐ๐˜๐˜ˆ๐˜”๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฅโ€ฆ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ต ๐˜ต๐˜ฐ ๐˜ฃ๐˜ฆ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฏ.โ€ dibawah hantaran umum pengguna bernama โ€˜Harith Iskanderโ€™.

Kedua-dua hantaran dan komentar merujuk kepada isu penggunaan terma ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ dalam makanan berlabel halal yang sedang tular dan hangat diperkatakan. Namun, komentar oleh โ€˜Cecilia Yap Song KLโ€™ yang mengaitkan nama junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ dengan terma ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ (makanan berasaskan babi) adalah tindakan bersifat menghina agama Islam dan melampaui batas amalan hak kebebasan bersuara. Puluhan laporan polis terhadap perkara ini dipercayai telah dilakukan oleh pelbagai pihak diseluruh negara.

Harus diingatkan bahawa agama Islam adalah agama yang terpelihara dan termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Maka, ia perlu dipelihara oleh seluruh rakyat Malaysia dengan menjauhi tindakan menghina atau mempersendakannya.

Sehubungan itu, ARMADA BERSATU Malaysia mendesak agar pihak PDRM membuka kertas siasatan dan bertindak tegas terhadap kedua-dua pengguna ๐˜๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฌ โ€˜Harith Iskanderโ€™ dan โ€˜Cecilia Yap Song KLโ€™ dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Perkembangan siasatan perlulah dihebahkan kepada umum atas sebab isu ini adalah bersifat kepentingan awam dan perlu disegerakan tindakan demi memelihara keharmonian Masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

๐–๐€๐ ๐Œ๐„๐Ž๐‘ ๐’๐€๐…๐–๐€๐“ ๐๐€๐๐ˆ๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐ ๐๐ˆ๐ ๐’๐‡๐€๐Œ๐’๐”๐ƒ๐ˆ๐
EXCO ARMADA BERSATU MALAYSIA