SISWA BERSATU UiTM PLATFORM MAHASISWA BERSUARA, KUMPUL POTENSI PEMIMPIN MASA DEPAN

SHAH ALAM, 22 Mei 2025 – Sebuah wadah mahasiswa baharu, Siswa Bersatu Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah ditubuhkan di bawah inisiatif ARMADA BERSATU dan SRIKANDI MUDA BERSATU sebagai usaha strategik untuk memperkasa suara mahasiswa, khususnya dalam memperjuangkan agenda pendidikan, agama, bangsa dan tanah air dari sudut pandang anak muda kampus.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden SISWA BERSATU Malaysia, Ameer Hazeem Mohd Zaky, entiti ini bukan sekadar kelompok politik kampus, tetapi satu platform inklusif untuk mahasiswa menyuarakan pandangan secara matang dan berani dalam ruang yang lebih tersusun dan berprinsip.

“Siswa Bersatu UiTM akan mempamerkan barisan kepimpinan yang berwibawa dan bersiap siaga untuk menyuarakan pandangan serta keluh kesah mahasiswa UiTM. Keberanian untuk bersuara dan kematangan untuk melontarkan idea menjadi pasak penting pimpinan dalam pelaksanaan tugas memartabat agenda mahasiswa dengan lebih efisien dan efektif”, kata beliau.

Kepimpinan baharu bagi sesi 2025/2026 turut diumumkan sebagai simbol kesiapsiagaan gerakan ini untuk bergerak ke hadapan:

• Presiden: Aqmal Danial Haziq Bin Ahmad Daud

• Naib Presiden: Ameer Haqeem Bin Mohd Zaky

• Ketua Siswi: Nur Farisha Afzan Binti Mohd Shah

• Setiausaha: Danish Irfan Bin Mohd Arief

• Ketua Penerangan: Zharyl Reza Bin Zakaria

Ahli Jawatankuasa Tertinggi:

• Wan Amir Hakim Bin Wan Mohd Asdi

• Azam Hakeem Bin Mohd Hairi

• Fakhrul Azim Bin Badrul Hisham

Barisan ini akan menjadi tulang belakang dalam menyampaikan keluh kesah mahasiswa serta merungkai pelbagai isu kampus yang memerlukan perhatian serius dan tindakan yang proaktif.

SISWA BERSATU menyeru mahasiswa di seluruh negara dari pelbagai fakulti dan latar belakang untuk bersama-sama menyertai gerakan ini. Penyertaan terbuka kepada semua yang ingin menyumbang idea, tenaga dan kepimpinan dalam memperjuangkan masa depan anak bangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *