Satu hantaran video oleh Naib Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Malaysia, Saudara Sri Sanjeevan, mengenai isu beras iaitu campuran beras tempatan dalam beras import.
Beliau mempersoalkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Asas Makanan, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyatakan tiada bukti penukaran label beras tempatan kepada beras import dan mengatakan isu penukaran label beras tempatan kepada beras import hanya “cakap-cakap”, tiada bukti.
Hal ini di sebabkan kajian oleh Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI mendapati kira-kira 50 peratus daripada 5000 sample beras import yang dirampas pihak berkuasa telah dicampur beras putih tempatan.
Sanjeeven juga mempersoalkan pengetahuan Menteri berkenaan tentang permasalahan yang kritikal sedang berlaku dalam negara ini berkaitan beras. “Bang Mat tau ke tak news ni”, ujarnya di hantaran TikTok.
Tambahnya lagi, kenyataan Menteri mengatakan tiada peruntukan undang-undang melarang campuran beras tempatan dan import adalah tidak benar sama sekali, kerana di Malaysia terdapat Akta Perihal Dagangan untuk mengesahkan produk jualan di pasaran.
Sekali lagi kredibiliti Menteri itu menjadi tanda tanya apabila rakyat menggelarkan beliau menteri cap ayam, dan reputasi ini menjadi beban kepada rakyat, “Sampai bila abg mat nak pusing cerita beras ni”, ujar beliau.