Lantikan Ketua dan Naib Ketua ARMADA BERSATU negeri pada penggal kali ini dilihat berjaya menarik perhatian serta berpotensi untuk memperoleh keyakinan dan sokongan rakyat khusunya anak muda.
Dalam usaha memperkukuh kedudukan dan memperbaharui pengurusan parti, lantikan ketua-ketua ARMADA BERSATU Negeri bagi sesi 2024-2027 telah diumumkan. Pemilihan barisan pimpinan ARMADA Negeri daripada latar profesional, teknokrat dan aktivis masyarakat dilihat dapat memastikan pengurusan yang kompeten serta khidmat yang cemerlang kepada masyarakat, selain membina keyakinan dan sokongan anak muda terhadap sayap Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia ini.
Strategi lantikan ini dengan mengedepankan wakil rakyat termuda di negeri Pulau Pinang iaitu ADUN Seberang Jaya dan Perak, ADUN Chenderoh sebagai Ketua ARMADA BERSATU Negeri bagi negeri masing-masing, disulami dengan tokoh profesional, teknokrat dan aktivis masyarakat, dilihat sebagai persediaan awal untuk mengukuhkan asas parti di peringkat negeri dan menyuntik semangat baru dalam kalangan ARMADA. Dengan kepakaran dalam bidang masing-masing, dijangkakan ARMADA BERSATU akan mampu menyesuaikan diri dengan tuntutan era moden, mempertingkatkan perancangan strategik, dan mengoptimumkan sistem pentadbiran parti secara menyeluruh selain menjalankan khidmat kepada masyarakat dengan cemerlang.
Senarai lantikan Ketua dan Naib Ketua ARMADA BERSATU Negeri-Negeri bagi Sesi 2024-2027 adalah seperti berikut:
• Negeri Perlis
• Ketua: Abdul Latif bin Abu Hassan
• Naib Ketua: Chek Faridzuan bin Chek Saleh
• Negeri Kedah
• Ketua: Mohd Sofiyuddin bin Mohd Anor
• Naib Ketua: Mohd Najib bin Suhaimi
• Negeri Pulau Pinang
• Ketua: YB Izhar Shah bin Arif Shah
• Naib Ketua: Danial bin Ramlan
• Negeri Perak
• Ketua: YB Syed Lukman Hakim bin Syed Mohd Zin
• Naib Ketua: Muhammad Izwan Yudin bin Rizal Sham
• Negeri Selangor
• Ketua: Muhammad Afiq Asyraf bin Mohd Nardin
• Naib Ketua: Muhammad Ariff bin Kassim
• Negeri Sembilan
• Ketua: Muhammad Adib bin Musa
• Naib Ketua: Alif Asyraf bin Azman
• Wilayah Persekutuan
• Ketua: Aendrie Azwan bin Abdul Aziz
• Naib Ketua: Muhammad Asyraf bin Abd. Mutalib
• Negeri Melaka
• Ketua: Muhammad Jefri bin Safry
• Naib Ketua: Muhammad Zulfadli Amsyar bin Zainal Abidin
• Negeri Johor
• Ketua: Mohamad Alias bin Rasman
• Naib Ketua: Muhammad Harith bin Lokman
• Negeri Kelantan
• Ketua: Muhammad Syazwan bin Che Rahim
• Naib Ketua: Mohd Kairul Nasri bin Mohd Zain
• Negeri Terengganu
• Ketua: Muhammad Hafiz Mukrimin bin Abdulkhe @ Nurhisyamuddin
• Naib Ketua: Abdul Muhaimin bin Mohamed Zameri
• Negeri Pahang
• Ketua: Muhammad Fareed bin Tarmizi
• Naib Ketua: Mohd Alif Hanafiah bin Abdul Rahim
• Wilayah Sabah
• Ketua: Mohammad Hisyam Hazaril bin Mohd Azman
• Naib Ketua: Khairil Anwar bin Norsahar
Langkah strategik ini mencerminkan komitmen ARMADA BERSATU dalam melahirkan kepimpinan yang bukan sahaja berwibawa tetapi juga responsif terhadap kehendak generasi muda. Dengan lantikan dalam kalangan wakil rakyat, profesional, teknokrat, dan aktivis masyarakat, parti bersedia untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang dalam menarik sokongan anak muda kepada Parti BERSATU, sekaligus memastikan ARMADA BERSATU terus relevan dan berdaya saing dalam arena politik negara.