RAFIZI, NIK NAZMI LETAK JAWATAN KERANA KECEWA SISTEM PEMILIHAN PKR MENIPU MEREKA

BALIK PULAU, 30 Mei 2025 – Ketua Penerangan ARMADA BERSATU Malaysia, Harris Idaham Rashid hari ini mendakwa peletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad daripada Kabinet adalah berpunca daripada kekecewaan mereka terhadap sistem pemilihan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak telus dan memihak kepada pihak tertentu.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Harris menyatakan bahawa kedua-dua bekas menteri itu kecewa kerana “ditakdirkan kalah oleh sistem” dan bukannya melalui pungutan suara perwakilan secara adil. ARMADA mendakwa kempen HIRUK yang dipelopori Rafizi sendiri turut mengetengahkan pelbagai persoalan berkenaan integriti pemilihan parti, khususnya di peringkat Cabang.

“Fenomena ‘badan tanpa kepala’ berlaku di banyak Cabang seluruh negara, di mana Ketua Cabang yang condong kepada Rafizi tewas, tetapi calon-calon lain yang sehaluan dengannya menang. Ini jelas menimbulkan keraguan terhadap ketelusan sistem tersebut,” kata Harris.

Menurut beliau, tindakan meletak jawatan selepas tewas dalam pemilihan parti adalah sesuatu yang asing dalam budaya PKR. Beliau merujuk kepada insiden pada 2018, apabila beberapa pemimpin parti seperti Shamsul Iskandar dan Fuziah Salleh kekal dalam kerajaan meskipun tewas dalam pemilihan dalaman.

“Walaupun tindakan Rafizi dan Nik Nazmi dilihat seperti berprinsip, namun realitinya ia didorong oleh kekecewaan mendalam terhadap kepincangan sistem dalam parti mereka sendiri,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *