Oleh: Datuk Dr Marzuki Mohamad, Ahli Seumur Hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU
Orang Melayu yang menyokong DAP tak lebih 5%. 95% orang Melayu tak suka DAP.
Tetapi DAP tak kisah pun. Ini kerana DAP tak bertanding di kawasan majoriti Melayu. DAP secara tradisinya bertanding di kawasan majoriti Cina.
Dengan disokong oleh 98% pengundi Cina, DAP pasti menang di semua kerusi majoriti Cina yang ditandinginya.
Jadi DAP tak memerlukan sokongan orang Melayu.
Tetapi dengan memenangi semua kerusi majoriti Cina sekalipun, DAP masih tak boleh berkuasa.
DAP hanya dapat kuasa apabila UMNO yang disokong oleh orang Melayu membentuk kerajaan bersama-sama DAP.
Bolehlah pemimpin DAP jadi Menteri, Timbalan Menteri, ahli Exco Kerajaan Negeri, Pengerusi GLC dan lain-lain.
Kalau DAP bernasib baik, mungkin pemimpin DAP boleh jadi Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri satu hari nanti.
Jadi, walaupun ditolak oleh 95% orang Melayu, DAP dapat kuasa dalam kerajaan melalui kerjasamanya dengan UMNO.
Orang Melayu yang paling tak suka DAP ialah orang Melayu UMNO. Tetapi merekalah yang menjadi talian hayat kepada DAP untuk berkuasa.
Selagi orang Melayu yang membenci DAP mengundi UMNO, DAP tak perlu risau kehilangan kuasa. Selama mana UMNO ada, selama itulah DAP akan berkuasa.
Jadi DAP tak perlu jaga kepentingan Melayu. DAP hanya perlu ‘jaga’ kepentingan UMNO.
Yang boleh mengubah keadaan ini adalah orang-orang Melayu UMNO. Jika mereka berhenti menyokong UMNO, nescaya DAP akan hilang kuasa.
Sebaliknya, selagi mana orang Melayu UMNO menyokong UMNO, selagi itulah DAP akan berkuasa. Dengan kuasa politik, Menteri-Menteri DAP dapat melaksanakan agenda Malaysian Malaysia partinya.
Yang menaikkan DAP sebenarnya adalah orang Melayu. Yang rugi orang Melayu juga.
Inilah Dilema Melayu masa kini.