AYER KUNING, 12 April – Situasi semasa Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil N48 Dun Ayer Kuning; Sepanduk animasi 3D seakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dengan tulisan ‘SHUT UP!’ dinaikkan oleh jentera Perikatan Nasional berbangsa cina tanda respon kepada kenyataan kasar Anthony berhubung isu tabung derma bantuan mangsa di Putra Height.
Sebelum ini, Anthony juga pernah mengeluarkan kenyataan ‘shut up’ untuk menghalang ahli-ahli DAP menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap kerjasama parti itu bersama UMNO. Setiausaha Agung itu juga berkata sesiapa ahli-ahli DAP yang tidak dapat ‘menutup mulut’ mengenai perkara tersebut tidak dialu-alukan untuk bercakap di pentas DAP.
Selain itu, sepanduk itu juga menzahirkan sikap kepimpinan kerajaan hari ini yang dilihat kerap ‘menutup mulut’ pengkritik-pengkritik mereka, seperti membawa turun kandungan-kandungan di media sosial yang tidak menyebelahi mereka dan aktif menyalahgunakan akta hasutan untuk tujuan kepentingan politik.
Terdapat juga sepanduk animasi mirip Anwar Ibrahim dengan tulisan seperti ‘peningkatan cukai’, ‘nilai ringgit merosot’ dan ‘kenaikan insuran kesihatan’.
Difahamkan kaum cina yang sebelum ini menjadi ‘save deposit’ PH mula mempertimbangkan semula sokongan mereka kepada Anwar Ibrahim kerana kegagalan menunaikan janji.
Suasana di sekitar pusat penamaan calon dilaporkan tenang dan terkawal, dengan kehadiran penyokong parti-parti bertanding yang mula berkumpul sejak awal pagi. Kira-kira 778 anggota polis telah ditugaskan untuk memastikan keselamatan sepanjang proses berlangsung .
Tiga calon utama yang dijangka bertanding dalam PRK Ayer Kuning ialah:
• Mohamad Yusri Bakir (BN – UMNO), seorang akademik Islam dan Setiausaha UMNO Tapah.
• Abdul Muhaimin Malek (PN – PAS), Yang Dipertua PAS Kawasan Tapah.
• Bawani Kaniapan (PSM), yang turut bertanding dalam pilihan raya umum lalu dan disokong oleh MUDA .
Proses penamaan calon dijangka selesai pada pukul 10:00 pagi, selepas itu senarai calon yang layak bertanding akan diumumkan secara rasmi.