[KOLUMNIS] SIAPA YANG TIDAK MAHU PENYATUAN MELAYU?

Oleh: Mubin Salleh, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Tambun

Selepas PRU 14, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya menyatukan parti-parti Melayu iaitu bersama PAS dan UMNO dalam kerajaan.

Rupanya, kembali menjadi parti pemerintah masih belum cukup untuk UMNO.

Mesti berada di puncak kuasa! 

Lantaran itu, Pemimpin BERSATU selaku Menteri Besar di negeri Perak dan Perdana Menteri di Putrajaya telah dijatuhkan oleh pemimpin UMNO. 

Walau perit dijatuhkan oleh orang yang kita hulurkan tangan, tiada kata berambus dihamburkan. 

Malah, demi kelangsungan usaha penyatuan ummah dan mengelakkan mudharat lebih besar berlaku iaitu PH-DAP kembali berkuasa, BERSATU berlapang dada menerima ketentuan takdir ini lalu memberi sokongan pada UMNO sebagai Menteri Besar di Perak dan Perdana Menteri di Putrajaya.

Menuju PRU15, bukannya tiada usaha pemimpin PN (BERSATU-PAS) mengajak UMNO bersama, tetapi mereka tetap berdegil memilih pergi solo. 

Penyudahnya, sekali lagi parti yang dikatakan keramat ini diajar oleh orang-orang Melayu. 

Selepas PRU 15, seakan tidak serik dan belajar dari kesilapan lalu, pemimpin parti melayu tertua di negara ini telah menolak mentah-mentah kerjasama dengan Perikatan Nasional, sebaliknya memilih bersama gurunya Anwar PH-DAP.

Semalam, pemimpin nombor satu keris bersilang menyatakan pendirian tegas iaitu terus kekal menjadi UMDAP. 

Bukan itu saja, orang yang beria-ia menghulurkan tangan permuafakatan padanya pula diumpamakan seperti ular yang mematuk.

Penyatuan itu mulia, tetapi kepercayaan mesti beralas hikmah.

Sejarah bukan untuk dendam, tetapi untuk panduan.

Niat yang baik tanpa kebijaksanaan hanya membuka ruang untuk kesilapan yang sama berulang.