BERSATU BUKAN UMNO, TIDAK PERLU BUBAR MASUK BALIK UMNO – MUHYIDDIN YASSIN 

JEMPOL, 4 Mei — Presiden Pengasas BERSATU, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan dibubarkan untuk kembali menyertai UMNO. 

Menurut beliau, BERSATU adalah sebuah parti yang sah tertubuh mengikut perlembagaan dan berdiri atas prinsip perjuangan tersendiri. Bukan parti ‘bekas UMNO’ seperti yang sering digambarkan.

Mengulas kenyataan pemimpin veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakob yang mencadangkan BERSATU dibubarkan dan kembali ke UMNO, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin membalas, “Kenapa bukan UMNO yang bubar masuk BERSATU?”

“Kalau ikut kiraannya jumlah ahli parlimen kita lebih besar daripada UMNO, adun kita pun ramai juga, dan kita bersama dalam Perikatan Nasional. Kita sudah bersama dengan pas, dan negeri utara semua di bawah Perikatan Nasional”. 

Dari segi kekuatan politik, BERSATU memiliki lebih ramai Ahli Parlimen berbanding UMNO serta mempunyai perwakilan yang lebih kuat di Dewan Undangan Negeri, terutama melalui kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) yang diterajui bersama PAS dan membentuk kerajaan di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 

“Kita sudah buktikan kekuatan dalam PN, terutamanya di negeri-negeri utara. Teras gabungan ini adalah BERSATU dan PAS, dan ia terbukti mantap,” katanya.

Tambah beliau lagi dalam sidang media di Majlis Perasmian Pejabat BERSATU N07 DUN Jeram Padang  & Majlis Mesra Aidilfitri BERSATU Bahagian Jempol, Negeri Sembilan, BERSATU tetap konsisten mempertahankan prinsip perjuangannya, termasuk menolak kerjasama dengan DAP selepas menarik diri daripada Pakatan Harapan pada tahun 2020. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *