ADUN BERSATU SUMBANG RM80,000 KEPADA PELAJAR LEPASAN SPM

LANGKAWI, 12 MEI 2026 – Seramai 78 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari DUN Kuah diraikan dalam Majlis Penghargaan dan Apresiasi Saguhati yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah sebagai tanda penghargaan atas kejayaan akademik mereka.

Majlis berkenaan merupakan fasa pertama daripada keseluruhan 498 pelajar yang layak menerima sumbangan menerusi inisiatif khas diperkenalkan oleh ADUN Kuah, YB Amar Pared Mahamad yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU Bahagian Langkawi.

Menurut pihak penganjur, program tersebut melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM80,000 bagi membantu dan memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan peperiksaan SPM 2025.

Inisiatif itu juga akan dijadikan program tahunan bagi menyuntik semangat generasi muda di Langkawi supaya terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Dalam majlis itu, para penerima turut diraikan atas usaha gigih mereka sepanjang menempuh peperiksaan, selain diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus mencipta kejayaan pada masa hadapan.

Penganjur turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima dan menyifatkan kejayaan tersebut sebagai langkah pertama ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *