ALOR PONGSU, 12 Mei – YB Noor Azman Ghazali, ADUN Alor Pongsu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU, memainkan peranan utama apabila beliau membangkitkan isu penjualan tanah tapak Masjid Jamek Ar Ridzuan Alor Pongsu dalam Sidang DUN Perak.
Tindakan YB Noor Azman Ghazali untuk menyuarakan isu tersebut dalam sidang DUN Perak telah mencetuskan satu gelombang kebersatuan umat Islam untuk mengutip wang berjumlah RM1.8 juta dalam masa kurang 36 jam.
Tanah seluas 3.5 ekar itu, yang telah dibina ruang solat Muslimah dan beberapa struktur lain, didedahkan telah berpindah milik setelah dijual oleh waris pewakaf asal. Beliau ADUN Alor Pongsu membangkitkan hal ini dalam sidang DUN Perak kemudian Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertindak mencadangkan kutipan yang dibuat ketika Solat Jumaat di masjid seluruh negeri Perak digunakan untuk menebus semula tanah masjid tersebut.
Namun, sebelum sempat kutipan itu dilaksanakan sepenuhnya, rakyat Malaysia khususnya umat Islam telah menunjukkan solidariti dengan menyumbang melalui kempen “crowdfunding” di media sosial yang dilancarkan oleh aktivis Bro Firdaus Wong. Dana yang dikumpul bukan sahaja mencapai sasaran, malah melebihi jumlah yang diperlukan dan akhirnya tanah tapak masjid tersebut berjaya ditebus semula dari pembeli.
Namun persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Badan Pimpinan BERSATU Negeri Perak, Dato Azhar Anuar adalah apa fungsi Kerajaan Negeri Perak yang hanya menjadi koordinator kepada kutipan wang rakyat melalaui solat jumaat untuk menebus semula tanah masjid yang terjual, dan mengapa badan Syarikat Berkaitan Negeri (GLC) tidak memainkan peranan sebaiknya dalam membantu menyelesaikan konflik tanah masjid ini.
Tambahnya lagi, ini adalah satu usaha jalan penyelesaian pelik yang datang dari usaha rakyat sendiri, dan jumlah RM1.8 juta yang dikumpul daripada poket rakyat itu bukan satu jumlah yang kecil untuk rakyat keluarkan dalam tempoh keadaan ekonomi sukar sekarang. Sedangkan isu kuil yang diganti tanah selepas berlaku konflik boleh pula diselesaikan dengan campur tangan kerajaan.
Walau bagaimanapun , isu ini berjaya diselesaikan dengan harmoni oleh rakyat biasa dengan inisiatif pemimpin kawasan dari parti pembangkang negeri Perak demi kepentingan agama tanpa dijadikan polemik politik. Ini bukti bahawa BERSATU bukan parti penunggang agama seperti yang digembar- gemburkan sebaliknya parti pejuang agama, bangsa dan tanah air.
Laporan Oleh: Jack Ipoh
