PENGERUSI PN PECAT RADZI JIDIN, AZMIN ALI?

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan pemberhentian jawatan berkuat kuasa serta-merta susulan perjumpaan yang tidak melibatkan BERSATU semalam. 

Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3 (V), (VI) dan (VII) Perlembagaan Perikatan Nasional.

Menurut beliau, jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya yang sebelum ini disandang oleh Mohd Radzi Md Jidin telah ditamatkan dan digantikan oleh Muhammad Sanusi Md Noor.

Pada masa sama, Muhammad Sanusi yang sebelum ini memegang jawatan Bendahari PN turut diberhentikan daripada jawatan tersebut dan digantikan oleh Subramaniam Surunaryan.

Dalam penstrukturan yang sama, Mohamed Azmin Ali turut diberhentikan daripada jawatan Timbalan Setiausaha Agung bagi memenuhi kehendak Perlembagaan Perikatan Nasional.

Ahmad Samsuri berkata, satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi gabungan tersebut menjelang beberapa siri pilihan raya yang dijangka berlangsung.

Beliau menegaskan langkah penstrukturan semula itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkemas jentera dan memperkukuh kesiapsiagaan PN dalam menghadapi cabaran politik akan datang, khususnya PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *