TATA KELOLA ANWAR SEPERTI BABI ‘ANIMAL FARM’ 

PANDAN, 19 MAC 2026 – Mantan Timbalan Presiden PKR dan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberi amaran keras mengenai kewujudan “mafia korporat” yang disifatkan bukan sekadar melibatkan individu tertentu, sebaliknya berpunca daripada kerosakan sistemik dalam politik dan pentadbiran negara.

Menerusi perkongsian terbaharu dalam program audio siar Yang Berhenti Menteri (YBM), Rafizi menegaskan bahawa masalah utama bermula apabila politik terlalu didorong oleh wang sehingga nilai prinsip dan amanah diketepikan.

Menurut beliau, dalam keadaan tersebut, seseorang tidak lagi dinilai berdasarkan integriti, sebaliknya diukur melalui kemampuan kewangan, pengaruh serta keupayaan “membeli” sokongan.

“Bila saya cakap pasal mafia korporat, saya bukan cakap pasal seorang dua individu. Saya cakap pasal sistem yang bobrok,” katanya.

Rafizi turut menjelaskan bahawa perbezaan pandangan dalam soal dasar seperti subsidi, pendekatan ekonomi atau populisme adalah perkara biasa dalam demokrasi. Namun, beliau menegaskan bahawa isu rasuah adalah garis merah yang tidak boleh dikompromi.

Lebih membimbangkan, katanya, apabila timbul dakwaan bahawa institusi kerajaan dan agensi penguat kuasa boleh terdedah kepada pengaruh pihak berkepentingan termasuk elemen kongsi gelap.

“Kalau pegawai kerajaan mula meneka siapa paling berpengaruh untuk diikut, bukan lagi berpegang kepada amanah dan peraturan, ketika itu sistem sudah rosak dari dalam,” jelasnya.

Orang ramai boleh mengikuti kupasan lanjut mengenai isu “mafia korporat” ini menerusi Podcast YBM Episod 40 yang dikongsikan oleh Rafizi.