Merujuk hantaran Facebook YB. Mas Ermieyati Samsudin – Menteri Motac dipuji Perdana Menteri bila capai 38 juta pelancong.
Memanglah bila dicampur pelawat harian dan pelancong kita akan dapat hampir 38 juta orang. Akan tetapi, kita tak boleh takrifkan ianya sebagai pelancong. Sebab itu terma yang digunakan ialah pelawat.
Saya tahu, menteri memang tidak bersetuju untuk menggunakan barometer UN Tourism yang sudah digunakan bertahun-tahun oleh Tourism Malaysia . Dia masukkan dan kirakan jumlah pelawat harian dan pelancong bersekali. Itu yang dapat 38juta..
Tapi perlu faham bahawa pelawat harian tu bagaimana. Tidak semua pelancong bermalam di Malaysia. Ini adalah kerana pelawat harian juga termasuk org yang duduk dekat border ( sempadan) yang berulang alik setiap hari masuk ke Malaysia disebabkan kerana faktor bekerja, berniaga ataupun pelajar.
Jadi pada pandangan saya di Malaysia, kalau nak menggunakan data / angka pelawat ini . Maka kita kena ubah balik cara kutipan data kita. Bukan main tukar dan terus guna sahaja.
Saya cadangkan pada pihak MOTAC kenalah duduk berbincang dengan pihak DOSM, Jabatan Imigresen dan KASTAM terlebih dahulu. Ini bagi mendapatkan data yang lebih tepat.
Kerana kita nak pastikan pelawat yang masuk ke Malaysia ini apakah tujuannya? Dan adakah mereka ini berbelanja di Malaysia? Adakah mereka gunakan khidmat kenderaan di sini?
Seperti contoh ada pemandu lori yg masuk ke Malaysia dari Singapura utk menghantar barangan dan langsung tidak berbelanja . Gunakan lori mereka sendiri. Apakah kepentingan untuk kita ambil kira kemasukan pemandu lori tersebut sebagai pelancong? Kerana tidak ada langsung sumbangan kepada perbelanjaan pun. Jadi perkiraan kita telah diputarbelitkan.
Inilah Menteri Motac, baru je pergi beberapa kali je mesyuarat UN Tourism dan berjumpa dengan dengan orang UN Tourism , terus pandai-pandai saja masukkan Excursionists ( pelawat harian) sebagai pelancong! Tak pasal-pasal dapat pujian PMX sebab angka pelancong lebih tinggi dari sasaran.
Rupanya angka tu pun angka yang telah diputarbelit.
Tambahnya lagi, “Haa… Lain kali saya sentuh pulak pasal kenyataan perbelanjaan perkapita pelancong sebanyak RM3ribu sebagaimana dinyatakan oleh YB Menteri”.
Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Srikandi Bersatu Malaysia
Pengerusi Portfolio
Pelancongan Seni & Budaya Perikatan Nasional