“WE HAVE ENOUGH FLYING HOURS”, PN CUKUP BERPENGALAMAN UNTUK TERBANG DALAM NEGARA DAN SELURUH DUNIA – HAMZAH ZAINUDIN

LABIS,  Dewan Yong Hock Kiong – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin dalam ucapannya di Majlis Jalinan Mesra Terlajak Raya pada 10 Mei lalu menegaskan bahawa PERIKATAN NASIONAL memiliki jumlah pengalaman yang ideal untuk mentadbir negara malah berupaya beraksi di pentas dunia. Beliau menyampaikan mesej itu ketika ucapannya dalam majlis tersebut melalui gambaran analogi “kami (PN) cukup jumlah masa penerbangan, dan cukup berpengalaman untuk melakukan penerbangan di dalam negara dan ke seluruh dunia”. 

Tambahnya lagi, setiap kali beliau menghadiri ke majlis-majlis, pasti akan ada pertanyaan dari rakyat berbunyi “Dato’ bila lagi?” yang bermaksud mahu PN mengambil alih kerajaan. Dalam ucapannya juga, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin menekankan bahawa pemimpin yang bertanggungjawab mesti sentiasa mendekati rakyat dan berupaya menunaikan janji, bukan sekadar hebat berkata-kata. 

Dengan nada yang lebih serius, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin turut mengkritik kepimpinan negara sedia ada yang menurutnya gagal menunaikan janji kepada rakyat, dan menyatakan bahawa sudah tiba masa rakyat memberi peluang kepada pemimpin berwibawa daripada Perikatan Nasional yang terbukti menepati janji.

Beliau memuji usaha Ketua BERSATU Bersekutu Bahagian Labis, Datuk Tan Lek Khang yang tetap menunaikan janjinya kepada rakyat untuk menganjurkan majlis meraikan Aidilfitri walaupun terpaksa menangguhkan majlis tersebut. Sambutan luar biasa yang memenuhi ruang dewan membuktikan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum khususnya kaum Tionghua terhadap PERIKATAN NASIONAL semakin kukuh, terutama di kawasan majoriti bukan Melayu seperti Labis.

Majlis yang tertangguh akibat kekangan tugasan itu akhirnya berjaya direalisasikan dan mendapat liputan meluas dengan kehadiran pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta pimpinan Perikatan Nasional.

Antara pemimpin yang hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri BPN Johor, Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon; Setiausaha BPN Johor, Dato’ Haji Isa A. Hamid; serta Ketua Sayap Bersekutu BERSATU, Dr Chong Fat Full. Majlis yang meraikan masyarakat ini turut disertai pelbagai lapisan masyarakat, selain rakyat, ahli parti dan kepimpinan BERSATU dari seluruh negeri.

Laporan Oleh: Ramlee Wahab, Setiausaha BERSATU Bahagian Sri Gading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *