KOTA KINABALU, 12 November 2025 – Perikatan Nasional (PN) semalam mengumumkan senarai 41 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, dengan tumpuan utama diberikan kepada penyertaan calon muda dan muka baharu.
Majlis pengumuman calon yang berlangsung di Penampang itu disempurnakan oleh Pengerusi PN Sabah, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, yang turut diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut.
Daripada keseluruhan 41 kerusi yang ditandingi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)mengetuai dengan 33 calon, diikuti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan lima calon, dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dengan tiga calon.
Senarai Calon;
1. N01 Banggi – Rahimah Majid
2. N02 Bengkoka – Berusli Kimin
3. N04 Tanjung Kapor – Muhammad Affan Jumahat
4. N08 Pintasan – Awang Salleh Makmud
5. N12 Sulaman – Datin Tiaminah @ Siti Akinah Ele
6. N13 Pantai Dalit – Mohd Zulkernain Osman
7. N16 Karambunai – Datuk Dr Aliakbar Gulasan
8. N17 Darau – Nabila Norsahar
9. N21 Luyang – Ooi Hong Wee
10. N22 Tanjong Aru – Suhaimi Buang
11. N24 Tanjung Keramat – Farish Adamz Shah @ Kanny
12. N26 Moyog – Francis Mojikon
13. N27 Limbahau – Adrian Alexander
14. N29 Pantai Manis – Faizal Julaili
15. N30 Bongawan – Ridzuan Agus
16. N32 Klias – Mohd Hisyam Hazaril
17. N35 Sindunim – Dg Nor Syafiqah
18. N36 Kundasang – Dr Atong Antong
19. N41 Liawan – Johny @ John Anthony
20. N46 Nabawan – Sayau Tangkap
21. N47 Telupid – Jamin Jamri
22. N48 Sugut – Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
23. N49 Labuk – Asmad Nasir
24. N50 Gum Gum – Yunus Nurdin
25. N51 Sungai Manila – Yusri Abu
26. N52 Sungai Sibuga – Norani Asmatil
27. N53 Sekong – Mohd Fazriee Awang
28. N55 Elopura – Mohd Firdaus @ Silvester Abdullah
29. N56 Tanjong Papat – Koa Wei Yang
30. N58 Lamag – Mazlin Madali
31. N59 Sukau – Pengiran Petra Pengiran Asri
32. N62 Silam – Borkes @ Balkis Kalinggalan
33. N63 Kunak – Kasman Karate
34. N64 Sulabayan – Abdul Malik Abd Bool
35. N66 Bugaya – Jamil Abdul Gapar
36. N67 Balung – Dr Munzier Mahamud
37. N68 Apas – Lim Ting Khai
38. N70 Kukusan – Francis Lawrence @ Yusop
39. N71 Tanjung Batu – Ahmad Dullah
40. N72 Merotai – Hasan Haris
41. N73 Sebatik – Suhurani Samman
Ronald berkata, pemilihan calon kali ini dilakukan selepas melalui proses tapisan yang ketat dan mengambil kira latar belakang serta kemampuan setiap calon untuk membawa aspirasi rakyat Sabah.
“Kita mahu calon yang bukan sahaja diterima oleh rakyat, tetapi juga mampu menjadi suara sebenar anak Sabah di DUN. PN Sabah memberi ruang kepada generasi muda untuk memimpin,” katanya dalam ucapannya malam tadi.
Beliau turut memaklumkan bahawa hampir 30 peratus calon PN Sabah terdiri daripada golongan muda, manakala lebih 90 peratus merupakan muka baharu. Sebanyak enam calon wanita turut diketengahkan, melambangkan komitmen gabungan itu terhadap penyertaan wanita dalam politik arus perdana.
Antara calon lain yang diumumkan ialah Datuk Dr. Aliakbar Gulasan bagi kerusi DUN Karambunai, serta beberapa tokoh muda dari pelbagai latar belakang profesional, aktivis masyarakat dan usahawan tempatan.
PN menegaskan bahawa gabungan itu bersedia menghadapi PRN kali ini dengan agenda memperkukuh pentadbiran yang bersih, berintegriti dan berpaksikan pembangunan rakyat.
Ronald turut menegaskan bahawa PN terbuka kepada kerjasama politik pasca-pilihan raya sekiranya ia dapat menjamin kestabilan dan kepentingan rakyat Sabah.
