PN UMUM 41 CALON PRN SABAH – TAWAR CALON ANAK TEMPATAN BERWIBAWA, 90% WAJAH BARU, 30% ANAK MUDA

KOTA KINABALU, 12 November 2025 – Perikatan Nasional (PN) semalam mengumumkan senarai 41 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, dengan tumpuan utama diberikan kepada penyertaan calon muda dan muka baharu.

Majlis pengumuman calon yang berlangsung di Penampang itu disempurnakan oleh Pengerusi PN Sabah, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, yang turut diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut.

Daripada keseluruhan 41 kerusi yang ditandingi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)mengetuai dengan 33 calon, diikuti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan lima calon, dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dengan tiga calon.

Senarai Calon;

1. N01 Banggi – Rahimah Majid

2. N02 Bengkoka – Berusli Kimin

3. N04 Tanjung Kapor – Muhammad Affan Jumahat

4. N08 Pintasan – Awang Salleh Makmud

5. N12 Sulaman – Datin Tiaminah @ Siti Akinah Ele

6. N13 Pantai Dalit – Mohd Zulkernain Osman

7. N16 Karambunai – Datuk Dr Aliakbar Gulasan

8. N17 Darau – Nabila Norsahar

9. N21 Luyang – Ooi Hong Wee

10. N22 Tanjong Aru – Suhaimi Buang

11. N24 Tanjung Keramat – Farish Adamz Shah @ Kanny

12. N26 Moyog – Francis Mojikon

13. N27 Limbahau – Adrian Alexander

14. N29 Pantai Manis – Faizal Julaili

15. N30 Bongawan – Ridzuan Agus

16. N32 Klias – Mohd Hisyam Hazaril

17. N35 Sindunim – Dg Nor Syafiqah

    18. N36 Kundasang – Dr Atong Antong

    19. N41 Liawan – Johny @ John Anthony

    20. N46 Nabawan – Sayau Tangkap

    21. N47 Telupid – Jamin Jamri

    22. N48 Sugut – Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

    23. N49 Labuk – Asmad Nasir

    24. N50 Gum Gum – Yunus Nurdin

    25. N51 Sungai Manila – Yusri Abu

    26. N52 Sungai Sibuga – Norani Asmatil

    27. N53 Sekong – Mohd Fazriee Awang

    28. N55 Elopura – Mohd Firdaus @ Silvester Abdullah

    29. N56 Tanjong Papat – Koa Wei Yang

    30. N58 Lamag – Mazlin Madali

    31. N59 Sukau – Pengiran Petra Pengiran Asri

    32. N62 Silam – Borkes @ Balkis Kalinggalan

    33. N63 Kunak – Kasman Karate

    34. N64 Sulabayan – Abdul Malik Abd Bool

    35. N66 Bugaya – Jamil Abdul Gapar

    36. N67 Balung – Dr Munzier Mahamud

    37. N68 Apas – Lim Ting Khai

    38. N70 Kukusan – Francis Lawrence @ Yusop

    39. N71 Tanjung Batu – Ahmad Dullah

    40. N72 Merotai – Hasan Haris

    41. N73 Sebatik – Suhurani Samman

    Ronald berkata, pemilihan calon kali ini dilakukan selepas melalui proses tapisan yang ketat dan mengambil kira latar belakang serta kemampuan setiap calon untuk membawa aspirasi rakyat Sabah.

    “Kita mahu calon yang bukan sahaja diterima oleh rakyat, tetapi juga mampu menjadi suara sebenar anak Sabah di DUN. PN Sabah memberi ruang kepada generasi muda untuk memimpin,” katanya dalam ucapannya malam tadi.

    Beliau turut memaklumkan bahawa hampir 30 peratus calon PN Sabah terdiri daripada golongan muda, manakala lebih 90 peratus merupakan muka baharu. Sebanyak enam calon wanita turut diketengahkan, melambangkan komitmen gabungan itu terhadap penyertaan wanita dalam politik arus perdana.

    Antara calon lain yang diumumkan ialah Datuk Dr. Aliakbar Gulasan bagi kerusi DUN Karambunai, serta beberapa tokoh muda dari pelbagai latar belakang profesional, aktivis masyarakat dan usahawan tempatan.

    PN menegaskan bahawa gabungan itu bersedia menghadapi PRN kali ini dengan agenda memperkukuh pentadbiran yang bersih, berintegriti dan berpaksikan pembangunan rakyat.

    Ronald turut menegaskan bahawa PN terbuka kepada kerjasama politik pasca-pilihan raya sekiranya ia dapat menjamin kestabilan dan kepentingan rakyat Sabah.