PERIKATAN NASIONAL SEPAKAT TAWAN MELAKA – MP JASIN DILANTIK TIMBALAN PENGERUSI, DATO’ SRI ALI PENGARAH PILIHAN RAYA 

TANGGA BATU, 15 MEI 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional PN Melaka semalam memberi fokus kepada pengukuhan organisasi dan kesiapsiagaan jentera parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Melaka, YB Datuk Dr Radzi Jidin berkata, mesyuarat itu dihadiri pimpinan parti-parti komponen gabungan berkenaan bagi membincangkan langkah memperkukuh gerak kerja politik di peringkat negeri.

Menurut beliau, mesyuarat turut meneliti usaha memperkemas penyelarasan antara parti-parti komponen selain memperkukuh jentera di semua peringkat supaya sentiasa bersedia menghadapi cabaran politik semasa.

Dalam perkembangan sama, mesyuarat bersetuju memperkukuh struktur kepimpinan Badan Perhubungan Negeri menerusi pengumuman barisan kepimpinan negeri yang dianggotai antaranya, YB Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail, Ahli Parlimen Jasin sebagai Timbalan Pengerusi dan Dato’ Sri Haji Mohamad Ali Mohamad sebagai Pengarah Pilihan Raya PN Negeri Melaka. 

Perikatan Nasional Melaka turut menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh organisasi parti serta mendekati rakyat dengan membawa agenda berteraskan kestabilan, kebajikan dan masa depan negeri Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *